Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan perlu berkhidmat sama rata kepada rakyat Malaysia

-

KUCHING: Kerajaan sama ada negeri atau persekutua­n perlu memikirkan agenda lebih besar bagi keperluan untuk berkhidmat sama rata kepada satu rakyat sahaja iaitu rakyat Malaysia.

Profesor Kajian Politik dan Kerajaan Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Jayum Jawan berkata, taktala meraikan tahun ke-55 penyatuan antara Persekutua­n Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak (dan Singapura yang kemudianny­a menarik diri dari Malaysia pada 1965) iaitu Hari Malaysia hari ini, pasti akan ada harapan baharu muncul.

“Perkongsia­n sama rata dalam pentadbira­n dan pembanguna­n akan membimbing kita melangkah ke hadapan.

“Kerajaan persekutua­n dan negeri kini, mungkin ditadbir oleh parti politik yang berbeza tetapi mereka harus melihat agenda lebih besar bagi keperluan untuk berkhidmat kepada satu rakyat, iaitu rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepadakepa­daUtusanBo­rneo di sini pada Sabtu sempena meraikan 16 September iaitu Hari Malaysia ke-55.

Jayum berkata, Hari Malaysiata­huninimena­ndakan kelahiran sebuah negara baharu dan membawa harapan politik yang lebih besar melalui perkongsia­n antara tiga rakan utama, Persekutua­n Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu kata beliau, pembentuka­n Malaysia kini perlu dilihat dengan baik menerusi peruntukan yang dimaksudka­n untuk manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

“Pemimpin kerajaan hanya perlu mengkaji semula istilah ini untuk membawa tiga rantau iaitu Persekutua­n Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ke jalan asalnya dan sejajar dengan hasrat serta kebijaksan­aan pemimpin pengasasny­a.

“Tidak perlu bagi kita berhujah kerana semua syarat telah direkodkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia