Dua nyaris maut motosikal terbabas awal pagi

Utusan Borneo (Sabah) - - Sarawak -

KUCHING: Dua lelaki nyaris maut selepas motosikal ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Batu 8 Jalan Penrissen di sini, pada Sabtu.

Menurut sumber, keduadua mangsa semasa kejadian dipercayai dalam perjalanan menuju ke pusat bandar raya apabila motosikal mereka tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sekitar jam 4 pagi.

Orang ramai segera membantu keduadua mangsa dan turut menghubungi pihak ambulans untuk bantuan kecemasan.

“Kedua-dua mangsa yang berlumuran dara diberikan rawatan kecemasan di tempat kejadian oleh anggota paramedik sebelum dikejarkankeUnitKecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut,” kata sumber.

Sehingga berita ini ditulis semalam, difahamkan salah seorang mangsa masih menerima rawatan di Zon Merah HUS dan seorang lagi Zon Kuning.

Punca kemalangan masih belum diketahui.

SEORANG daripada mangsa diberikan rawatan kecemasan di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.