KRT Persiaran Brooke anjur program saringan kesihatan hari ini

Utusan Borneo (Sabah) - - Sarawak -

SIBU: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Persiaran Brooke dengan kerjasama Gereja Methodist Xin Fu Yuan akan mengadakan program saringan kesihatan percuma di bangunan sebelah gereja itu Jalan Brooke Drive di sini pada hari ini.

Saringan bermula jam 8 hingga 11 pagi.

Pemeriksaan percuma itu merangkumi tekanan darah, gula, kolestrol, mata, pap smear, payudara, gigi dan sebagainya.

Program ini dikendalikan oleh doktor pakar, pegawai perubatan serta jururawat dari Hospital Sibu.

Semua jenis pemeriksaan percuma kecuali ujian kolestrol terhad kepada 100 orang berdasarkan ‘siapa dahulu, dia dapat.’

Orang awam yang ingin menyertai program ini diminta membawa kad pengenalan serta berpuasa 10 jam tetapi boleh minum air kosong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.