PBB Lingga hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran Kpg Hilir, Lingga

Utusan Borneo (Sabah) - - Sarawak -

SRI AMAN: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan dan ranting bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga menghulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung Hilir, Lingga pagi Sabtu.

Sumbangan disampaikan Timbalan Pengerusi PBB Cawangan Lingga Mohd Yusuf Lugom kepada wakil keluarga terbabit, Hajizul Ali pada majlis di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lingga di sini.

Mohd Yusuf dalam ucapan ringkasnyaberharapsumbangan itu dapat meringankan beban keluarga mangsa.

Hadir sama Ketua Wanita Cawangan Parti PBB Lingga Dayang Megeret Abang Hamid serta ahli-ahli parti yang lain.

Pada 14 Ogos lalu, Hajizul sekeluarga hilang tempat berteduh selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran sekitar jam 4.30 petang.

Beliau turut kehilangan dua anak dalam tragedi berkenaan.

MOHD Yusuf (empat kiri) menyampaikansumbangan kepada Hajizul (empat kanan) sambil diperhatikan oleh Dayang Megeret (tiga kiri) serta ahli-ahli PBB Lingga yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.