Jambatan baharu bakal manfaatkan dua rumah panjang

Peruntukan RM100,000 disedia untuk ganti jambatan lama penghubung Rumah Michael Willie dan Wellis Jarrau

Utusan Borneo (Sabah) - - Citra Utusan -

BETONG: Lebih 200 penduduk dua rumah panjang di Sebangkoi menarik nafas lega selepas permohonan menggantikan jambatan lama diluluskan.

Jambatan baharu dengan peruntukan RM100,000 tersebut bakal menjadi kenyataan selepas tender terbuka diumumkan awal bulan depan dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan.

Perkara tersebut diumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa dalam tinjauan segera pada Sabtu selepas dimaklumkan bahawa jambatan belian sebelum ini rosak akibat banjir barubaru ini.

“Kesulitan yang mereka alami segera mendapat

ADUN Engkilili

perhatian saya kerana jambatan ini satu-satunya jalan penghubung Rumah Panjang Michael Willie dan Wellis Jarrau yang terletak di seberang sungai,” ujarnya.

Dr Rayong berkata, setiap masalah yang membelenggu rakyat adalah masalah beliau dan perlu diberi perhatian sejajar peruntukan yang disediakan kerajaan negeri.

“Ini membuktikan setiap masalah rakyat sentiasa diberi perhatian sewajarnya sejajar polisi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang menumpukan pembangunan di kawasan luar bandar negeri ini.

“Kita mempunyai dana mencukupi untuk pembangunan dan tiada masalah pada peringkat pembiayaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat sentiasa bersamanya menyokong kepimpinan Abang Johari terutama dalam memperjuangkan hak MA63 yang terhakis sejak 55 tahun lalu.

Ia juga untuk memastikan kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) menunaikan manifesto mereka terutama berkaitan 20 peratus royalti minyak dan bukan berdasarkan keuntungan seperti diumumkan mereka barubaru ini.

“Cukuplah kita dianaktirikan kerana jika dibandingkan dengan negerinegeri di Semenanjung, kita jauh ketinggalan dan perbezaan pembangunan Semenanjung dan Sarawak wajar dirapatkan,” tegasnya.

Sementara itu, Tuai Rumah WilliedanWellismenzahirkan penghargaan tidak terhingga atas penggantian jambatan belian kepada jambatan besi yang lebih kukuh dan selesa.

“Sudah pasti anak-anak buah kedua-dua rumah panjang ini terhutang budi dan berterima kasih kepada YB Johnical yang sangat prihatin keluh kesah rakyat,” ujar Wellie kepada Utusan Borneo.

“Selama ini, masalah kami tidak pernah diabaikan justeru kami akan menyokong beliau selagi mewakili DUN Engkilili kerana beliau bukan sahaja anak tempatan malah sentiasa bersama kami tidak kira senang atau susah.”

Hadir mengiringi beliau melawat jambatan runtuh tersebut ialah Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Betong Steward Ludan, tuaituai rumah dan penduduk dari Rumah Willie dan Wellis Jarrau.

“Kesulitan yang mereka alami segera mendapat perhatian saya kerana jambatan ini satu-satunya jalan penghubung Rumah Panjang Michael Willie dan Wellis Jarrau yang terletak di seberang sungai.

DR JOHNICAL RAYONG NGIPA

DR Rayong mendengar penerangan daripada Steward (dua kanan) berkenaan jambatan lama sambil diperhatikan Willie (kanan) serta yang lain di Sebangkoi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.