Utusan Borneo (Sabah)

16 September tarikh sebenar penyatuan, wujudnya Malaysia

-

KUCHING: Hari Malaysia 16 September merupakan tarikh sebenar penyatuan dan perpaduan rakyat negara ini apabila wujudnya negara bernama Malaysia.

Pensyarah Kanan Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi UiTM Sarawak Dr Saudi Narani berkata, justeru Hari Malaysia wajar disambut di seluruh negara sama seperti sambutan Hari Kebangsaan.

“Bagi tujuan perpaduan di Malaysia dan satu-satunya adalah tarikh 16 September yang telah ditetapkan sebagai cuti umum.

“Kerajaan sebelum ini telah mengiktira­f tarikh berkenaan tetapi hanya memberi tumpuan meraikan ia di Sabah dan Sarawak. Sewajarnya sambutan 16 September mesti di seluruh negara jika kita mahu meraikan sama ada Hari Kemerdekaa­n (Kebangsaan) atau Hari Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo pada Sabtu sempena sambutan Hari Malaysia ke-55.

Sehubungan itu kata Saudi, semua rakyat Malaysia harus menghayati Hari Malaysia dengan semangat satu bangsa dan satu negara dengan tidak membiarkan salah faham menghancur­kan perpaduan yang ada.

Beliau berkata, tidak memahami fakta sejarah dengan betul telah membuat ramai orang keliru.

“Rakyat Malaysia pada awalnya percaya Hari Kebangsaan negara pada masa yang sama bermaksud menandakan pembentuka­n Malaysia pada 31 Ogos 1963.

“Ia adalah yang dirancang olehMalays­iatetapise­benarnya Malaysia wujud pada 16 September 1963 dan hari inilah yang sepatutnya bagi tarikh berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, bagi negeri di Semenanjun­g, mereka mencapai kemerdekaa­n daripada British pada 31 Ogos 1957 dan ia telah diputuskan menjadi Hari Kemerdekaa­n secara tahunan sejak itu.

Bagaimanap­un bagi Sarawak, sudah jelas bahawa ia bebas daripada pemerintah­an kolonial pada 22 Julai 1963, yang mana menjadi tarikh penting diraikan di Sarawak.

“Pemikiran rakyat terutamany­a dari Semenanjun­g harus berubah selaras dengan fakta sebenar sejarah dan tidak hanya terselindu­ng dengan tarikh merdeka pada 1957 sebagai Hari Kebangsaan.

“Persekutua­n Tanah Melayu 1957 bukan Malaysia 1963. Bagaimanap­un, meraikan sambutan 31 Ogos dan 22 Julai juga tidak salah tetapi harus dikurang dari segi skala,” tegasnya sambil memberitah­u, beri keutamaan kepada Hari Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia