Warga emas lumpuh diselamat dalam kebakaran rumah

Utusan Borneo (Sabah) - - Iklaneka -

KUCHING: Seorang wanita warga emas yang lumpuh seluruh badan berjaya diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas rumahnya di Kampung Cemerlang, Jalan Lapangan Terbang, terbakar pada Sabtu.

Jurucakap JBPM Sarawak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan Batu Lintang dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima sekitar jam 1.21 petang.

“Anggota kita terus melakukan pemadaman sebaik tiba di lokasi kejadian selepas mendapati bahagian siling rumah telah terbakar kira-kira 10 peratus.

“Selain itu, tindakan pantas pihak bomba juga berjaya menyelamatkan seorang wanita berusia 82 tahun yang lumpuh,” katanya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.