Kempen bersih pantai Marina Bay kutip 8,817kg sampah

Utusan Borneo (Sabah) - - Iklaneka -

MIRI: Sebanyak 8,817. 4kg sampah berjaya dikumpul semasa aktiviti gotong-royong membersihkan pantai Marina Bay, di sini pagi Sabtu.

Tigapasukanberjayamengumpul sampah terbanyak iaitu SMK Sains sebanyak 1288. 2kg, Go Kleen (1207.2kg) dan SMK Lutong (804.1kg).

Usaha murni itu dianjurkan sempena ‘World Clean Up Day’ serentak di seluruh dunia melibatkan lebih 150 negara, pada Sabtu.

Ia turut dianjurkan sempena Hari Malaysia pada Ahad dan Tahun Terumbu Karang Antarabangsa (IYOR) 2018.

Di sini, aktiviti dikendalikan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Miri disertai lebih 1,200 orang bermula jam 7 hingga 10 pagi.

MNS turut dibantu Local Agenda 21 (LA21) Miri, Majlis Bandaraya Miri (MBM), Pustaka Negeri Sarawak Miri, Coco Cabana Miri, Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) serta Junior Chamber International (JCI) Cabang Riam, Lutong dan Miri.

Kerjasama pelbagai pihak diharap dapat mencapai matlamat pembangunan mampan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Usaha meningkatkan pemahaman dan sokongan umum menjaga kebersihan pantai dan alam sekitar diteruskan dengan pertandingan ‘Upcycle Ocean Trash’.

Ia merupakan pertandingan mencipta produk menggunakan sampah dari laut bermula jam 12 tengah hari hingga 1 petang di Coco Cabana.

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 19 Oktober di Coco Cabana.

PESERTA bersama-sama mengutip sampah di pantai Marina Bay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.