Kontrak hadapan emas didagang dalam suasana berhati-hati

Utusan Borneo (Sabah) - - Bisnes -

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan dalam suasana berhatihati minggu ini disebabkan oleh perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang berterusan dan prospek kadar faedah AS, kata seorang peniaga.

Peniaga Derivatif Phillip Futures Sdn Bhd, Ong Su Ling, berkata Rizab Persekutuan AS akan mengadakan mesyuarat dua harinya bermula 26 September dengan jangkaan peningkatan kadar faedah sebanyak suku daripada mata peratusan.

Asas Jumaat ke Jumaat, September 2018 meningkat 13 mata kepada RM161.20 segram manakala Oktober 2018 meningkat enam mata kepada RM161.20 segram.

Sementara itu, November 2018 dan Disember 2018 susut tiga mata setiap satu masing-masing kepada RM161.20 dan RM161.40 segram.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada lima lot bernilai RM64,480 berbanding tujuh lot bernilai RM112,155 sebelumnya.

Kepentingan terbuka kekal pada 25 kontrak.

Bursa Malaysia dan derivatif ditutup pada Isnin dan Selasa kerana cuti am.

Pasaran akan ditutup lagi pada 17 September sempena Hari Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.