Utusan Borneo (Sabah)

PTKL dijangka diniagakan tinggi minggu ini: Peniaga

-

KUALA LUMPUR: Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka terus meningkat minggu ini berikutan kebimbanga­n mengenai ketegangan perdaganga­n antara Sino-AS telah berkuranga­n dalam kalangan peniaga.

Peniaga berkata susulan perang perdaganga­n yang berlarutan, pelabur kini kurang bimbang mengenai hasilnya.

“Sebelum ini, peniaga bimbang apabila pengumuman baharu mengenai perdaganga­n dibuat sama ada oleh China atau AS. Bagaimanap­un, kini mereka hanya tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata PTKL akan turut dipengaruh­i oleh prestasi logam itu di penanda aras Bursa Logam London (LME), dan harga logam itu juga bergantung kepada kestabilan pasaran tembaga.

“Dari segi teknikal, kami percaya harga akan berada pada sekitar AS$18,950 hingga AS$19,100 pada minggu depan (minggu ini),” katanya.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, harga PTKL naik AS$160 kepada AS$18,970 satu tan, manakala jumlah dagangan pada minggu lepas merosot kepada 156 tan daripada 245 tan.

PTKL ditutup pada Isnin dan Selasa berikutan cuti umum.

Sementara itu, harga timah di LME susut AS$55 kepada AS$19,020 satu tan.

Sepanjang minggu lepas, permintaan belian adalah daripada China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Jerman, Pakistan, Bangladesh dan United Kingdom.

Perbezaan harga antara PTKL dan LME bagi minggu baharu berakhir pada diskaun AS$50 satu tan daripada diskaun AS$50 satu tan pada Jumaat sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia