Utusan Borneo (Sabah)

Perenang mati selepas diserang jerung

-

WASHINGTON: Seorang perenang di timur laut Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia akibat gigitan ikan jerung kelmarin, menurut satu laporan polis mengenai insiden yang jarang berlaku itu.

Mangsayang­berusiaper­tengahan 20-an, digigit oleh apa yang dipercayai sebagai seekor ikan jerung ketika berenang di pantai Newcomb Hollow di kawasan Cape Cod di Massachuse­tts, menurut Wellfleet Police.

Mangsa ditarik keluar dari dalam air dan dibawa ke hospital oleh pihak bomba namun mati akibat kecederaan­nya, menurut pihak polis.

Mereka tidak menyatakan nama mangsa tersebut dan keadaan kecederaan yang dialaminya.

“Pantai-pantai di pekan tersebut ditutup untuk tempoh 24 jam seterusnya,” kata pihak polis.

Beberapa tahun lepas, seorang lelaki disahkan digigit seekor ikan jerung putih besar di laut berhampira­n kawasan pantai Truro di Cape Cod.

Namun peluang untuk diserang jerung adalah hampir satu dalam empat juta, menurut Muzium Hidupan Liar Antarabang­sa di Tucson, Arizona. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia