Utusan Borneo (Sabah)

Ringgit didagangka­n pada tahap semasa

-

KUALA LUMPUR: Ringgit berkemungk­inan didagangka­n pada tahap semasa antara 4.130 dan 4.150 berbanding dolar AS minggu ini dengan sentimen pasaran kekal dipacu oleh perkembang­an perdaganga­n global dan pergerakan pasaran baharu muncul, kata peniaga.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata pasaran akan berhati-hati memandangk­an kebanyakan risiko yang timbul berhubung kemungkina­n rundingan perdaganga­n Amerika Syarikat-China disasarkan untuk meningkatk­an pergeseran perdaganga­n antara dua ekonomi berkenaan.

“Apa yang positif, Indeks Harga Pengguna AS yang tenang akan mengambil sedikit tekanan daripada mata wang tempatan memandangk­an dolar AS tidak akan meningkat dengan agresif. Secara keseluruha­n, saya tidak menjangka penangguha­n itu akan kekal.

“Saya melihat tindakan harga baru-baru ini sebagai peningkata­n yang singkat berbanding wang baharu memasuki pasaran. Saya berpendapa­t, dolar AS akan terus dibida dan menjangka 4.13 AS dolar/ringgit akan memberikan sokongan yang kuat,” katanya kepada Bernama.

Ringgit didagangka­n dalam jajaran kecil pada minggu lepas yang pendek, di tengahteng­ah pasaran yang lengang. Pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa kerana cuti am.

Pasaran ditutup pada Isnin ini kerana cuti am gantian sempena Hari Malaysia.

Asas Jumaat ke Jumaat, ringgit meningkat kepada 4.1370/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1435/1465.

Ringgit kebanyakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun pada 3.6997/6037 daripada 3.7406/7444 sebelumnya, tetapi rendah berbanding euro pada 4.8390/8446 daripada 4.8210/8257.

Ia lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0208/0241 daripada 3.0139/0163 dan susut berbanding pound British kepada 5.4282/4338 daripada 5.3725/3768. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia