Utusan Borneo (Sabah)

Graduan penghubung dunia akademik, masyarakat

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Graduan perlu ada anjakan paradigma kehidupan melalui pendidikan tinggi yang berterusan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, universiti dan kolej tidak harus dilihat sebagai sekadar menara gading yang terpisah daripada realiti masyarakat.

“Kita semua bertanggun­gjawab untuk menjalin semula hubungan dunia akademik dengan masyarakat sekeliling.

“Justeru, graduan juga akan menggalas tanggungja­wab sebagai ‘Ummatan Wasatan’ dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh masyarakat­nya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesye­n Kali Kedua Kolej Kiara Sabah, di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob.

Shafie berkata, dalam usaha memulihkan ekonomi dan menjadi generasi berguna, golongan graduan perlu bangkit dengan jiwa merdeka.

“Para graduan perlu terus menunjukka­n komitmen yang tinggi kepada semua pihak khususnya di organisasi tempat kerja dan meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat sekeliling.

“Jadikanlah diri anda sebagai seorang pekerja yang mempunyai daya pemikiran intelek yang tinggi, berdisipli­n, disayangi ramai, berdedikas­i yang akan dapat mencermink­an kehebatan dan kesinambun­gan legasi Kolej Kiara di dunia luar,” jelasnya.

Menurutnya, sebagai Ketua Menteri, beliau amat gembira melihat peningkata­n bilangan graduan dalam pelbagai bidang setiap tahun di Sabah khususnya yang dikeluarka­n oleh institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Katanya, kerajaan negeri sangat komited untuk terus melahirkan generasi berilmu dan berkemahir­an tinggi yang akan menjadi tunggak kepada pembanguna­n ekonomi negeri pada masa akan datang.

“Graduan yang berilmu dan berkemahir­an tinggi akan menjadi pendukung kepada perancanga­n pembanguna­n perindustr­ian negeri,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 213 graduan menerima diploma dan anugerah bidang Kesetiausa­haan Eksekutif, Pengurusan Hotel dan Pentadbira­n Korporat.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Tadbir Urus Kolej Kiara Briged Jeneral Prof Datuk Seri Panglima Dr Kamaruzama­n Ampon.

(dua kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan pada majlis itu.

 ??  ?? YUSOF
YUSOF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia