Utusan Borneo (Sabah)

Marin rampas rokok seludup

Hasil operasi pada Ahad, pemandu kenderaan meloloskan diri

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Polis Marin Sandakan merampas 5,400 bungkus rokok seludup pelbagai jenis bernilai lebih RM31 ribu tidak termasuk cukai dari sebuah kenderaan di kawasan letak kereta belakang sebuah pasaraya di Batu 8 pada Ahad.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohd Yazib Abdul Aziz berkata bertindak atas maklumat penyeludup­an rokok pada Ahad, kira-kira jam 4.55 petang, sepasukan anggota polis marin telah membuat intipan dan pemantauan di tepi jalan raya Batu 8.

“Pemandu kenderaan itu tidak dapat dikesan dan hasil pemeriksaa­n di dalam ruang belakang kenderaan itu, terdapat 10 kotak berisi pelbagai jenama rokok yang disyaki tidak bercukai, cuba diseludup masuk ke ini.” daerah ASISTEN KOMISIONER MOHD YAZIB ABDUL AZIZ Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah

“Kelihatan sebuah kenderaan jenis Exora dalam keadaan mencurigak­an bergerak memasuki kawasan pakir belakang pasaraya berkenaan,” katanya.

Beliau berkata ketika kenderaan terbabit berhenti dengan cara mengejut setelah dikejar pihaknya, lalu pemandu bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri.

“Pemandu kenderaan itu tidak dapat dikesan dan hasil pemeriksaa­n di dalam ruang belakang kenderaan itu, terdapat 10 kotak berisi pelbagai jenama rokok yang disyaki tidak bercukai, cuba diseludup masuk ke daerah ini.

“Pemeriksaa­n lanjut terhadap 10 kotak itu menjumpai 1,200 bungkus rokok Apache (kretek), 1,000 bungkus rokok D&J, 2,000 bungkus rokok Era Od dan 1,200 bungkus rokok Extreme Mild Menthol (kretek) yang kesemuanya dianggarka­n bernilai RM31,600, tidak termasuk cukai,” katanya.

Yazib berkata pihaknya turut merampas kenderaan yang digunakan oleh penyeludup terbabit.

“Kesemua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pihaknya menjalanka­n siasatan kes itu mengikut seksyen di bawah Akta Kastam 1967.

 ??  ?? ANGGOTA polis marin bersama rokok yang dirampas.
ANGGOTA polis marin bersama rokok yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia