Utusan Borneo (Sabah)

FGV perlukan pendekatan sistematik untuk pelan pemulihan: Pengerusi

-

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd memerlukan pendekatan sistematik sebagai sebahagian pelan pemulihan dan melaksanak­annya melalui keupayaan mereka dan cara bagaimana organisasi itu distruktur, kata Pengerusin­ya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor. Bercakap kepada pemberita selepas taklimat khas media di sini, semalam, katanya beliau percaya syarikat perladanga­n itu yang dimiliki sebanyak 33.7 peratus oleh FELDA, mampu untuk dipulihkan dan memberi manfaat kepada pemegang saham serta syarikat dalam masa enam ke 12 bulan akan datang. “Saya sudah melihat perancanga­n lima tahun mereka dan apa yang akan mereka lakukan, pelan strategik mereka, dan saya sudah memberikan maklum balas. “Secara asasnya saya fikir, kita boleh memperbaik­i perniagaan syarikat tetapi apa yang penting adalah untuk FGV memberikan keutamaan kepada isu terkini mereka,” katanya sebagai maklum balas terhadap apa yang berlaku di dalam syarikat berkenaan baru-baru ini. FGV baru-baru ini mengumuman peletakan jawatan Datuk Zakaria Arshad sebagai Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat berkenaan berkata, dengan peletakan jawatan itu, penggantun­gan yang diumumkan sebelumnya berakhir. Meskipun begitu, siasatan forensik akan diteruskan dan dijangka diselesaik­an menjelang hujung tahun, kata syarikat itu. Megat Zaharuddin juga berkata, FELDA menjangka FGV menyumbang RM400 juta kepada agensi itu melalui perjanjian pajakan tanah, keuntungan dan dividen. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia