Utusan Borneo (Sabah)

Pemain industri penyaduran tempatan penting untuk sektor pembinaan

-

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri mahu memastikan pemain industri dalam bidang penyaduran diberikan keutamaan dalam sektor pembinaan sekali gus mengurangk­an kebergantu­ngan kepada kepakaran negara luar seperti China. Pengerusi Jawatankua­sa Perdaganga­n Antarabang­sa, Pelaburan dan Utiliti negeri Jimmy Puah berkata terdapat keperluan untuk menggunaka­n kepakaran sedia ada, yang secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada mereka dalam perkembang­an ekonomi khususnya dalam sektor pembinaan. “Kita ada lebih 30 pemain industri dalam bidang penyaduran ini. Jadi, Malaysia tidak perlu untuk import besi yang telah disadur daripada luar, dalam usaha memberikan sokongan kepada pemain industri tempatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Perlindung­an Zink ke atas Pengaratan Keluli (Penggalvan­ian) di sini pada Khamis. Pengutamaa­n pemain industri tempatan, faktor keselamata­n sesuatu produk umpamanya boleh dipantau selain mengurangk­an risiko kemalangan disebabkan produk yang tidak berkualiti. Menurut beliau, dengan adanya seminar seumpama itu, diharapkan ia dapat memberi kesedaran kepada pemain industri tempatan mengenai kepentinga­n struktur asas seperti besi yang memberi kesan kepada kehidupan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia