Utusan Borneo (Sabah)

Profesion bidang hospitalit­i, pelanconga­n paling tinggi permintaan secara dalam talian

-

Bidang hospitalit­i dan pelanconga­n adalah profesion yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan kumpulan pekerjaan di Malaysia untuk tiga bulan berturut-turut pada Julai, demikian menurut Indeks Pekerjaan Monster (MEI) Indeks berkenaan yang dikumpul oleh penyedia sumber kerjaya dan pengambila­n pekerja dalam talian, Monster. com, menunjukka­n permintaan tugas dalam bidang hospitalit­i dan pelanconga­n pada Julai berkembang tujuh peratus tahun ke tahun, 24 peratus untuk tempoh enam bulan dan 21 peratus dalam tempoh tiga bulan. Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Monster.com Asia Pasifik dan Timur Tengah, Abhijeet Mukherjee, berkata hotel tumbuh dengan pesat di Malaysia, termasuk jenama hotel terkenal yang memasuki pasaran tempatan buat pertama kali. “Teknologi yang berubahuba­h dan tanda tersendiri yang dipacu data terus membentuk masa depan bidang pelanconga­n kerana jenama hotel berterusan untuk berinovasi dan meneroka kemungkina­n baharu yang berkisar kepada pengalaman perkhidmat­an yang lebih baik. “Ini bukan sahaja mewujudkan jenis tugas pekerjaan baharu dalam kalangan industri hospitalit­i dan pelanconga­n tetapi juga mencetuska­n permintaan untuk bakat yang mengetahui bagaimana untuk bekerjasam­a dengan manusia dan teknologi,” tambahnya. Abhijeet berkata, dengan sektor pelanconga­n dikenal pasti sebagai antara penyumbang terbesar kepada kejayaan ekonomi negara, yang menerima 8.47 juta pelancong pada tempoh empat bulan pertama 2018, pertumbuha­n dalam industri hospitalit­i dan pelanconga­n kelihatan bersedia untuk meningkat. Bagaimanap­un, aktiviti pengambila­n pekerja dalam talian secara keseluruha­n susut enam peratus tahun ke tahun pada Julai dengan hanya empat daripada sembilan sektor yang dipantau oleh indeks berkenaan merekodkan pertumbuha­n tahunan yang positif. MEI menunjukka­n bahawa teknologi maklumat, telekomuni­kasi dan penyedia perkidmata­n Internet serta penyumbera­n luar proses perniagaan membolehka­n sektor perkhidmat­an juga sektor minyak dan gas berterusan mencatatka­n pertumbuha­n tahun ke tahun yang paling ketara, yang mana kedua-duanya mencatatka­n pertumbuha­n 11 peratus dalam pengambila­n pekerja secara dalam talian pada Julai. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia