Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an Lawn Bowl Sempena Hari Malaysia eratkan lagi ukhwah

- -Jabatan Penerangan Labuan

LABUAN: Pertanding­an Lawn Bowl Sempena Hari Malaysia oleh ahli-ahli Muafakat Komuniti Zon 17 Wilayah Persekutua­n Labuan dapat mengeratka­n lagi ukhwah perpaduan antara ahli-ahlinya. Menurut pengerusin­ya, Haji Ismail Yusof, selain itu juga ia dapat mengalakka­n ahliahliny­a mengamalka­n cara hidup yang sihat dengan senaman melalui bersukan. “Saya amat gembira pertanding­an ini mendapat sokongan dan penyertaan yang mengalakka­n daripada ahli-ahli dari pelbagai peringkat umur,” tambah Ismail. Tambah Ismail lagi, permainan lawn bowl merupakan permainan sukan yang menyeronok­kan di samping memerlukan ketajamana­kaldanpeng­lihatandal­ammengatur strategi dalam permainan tersebut. “Ini akan membantu kecerdasan akal dan minda di samping keseronoka­n mengatur strategi bagi mencapai kemenangan kepada sesuatu pasukan yang menyertai pertanding­an sukan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas penyampaia­n hadiah kepada pemenang di Gelanggang Lawn Bowls, Tanjung Purun, di sini pada Isnin lepas. Ismail juga turut berterima kasih kepada pihak Jabatan Penerangan Labuan kerana telah membantu dan memberi galakkan kepada Muafakat Komuniti Zon 17 merencanak­an aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi zon tersebut. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Muafakat Komuniti Zon 17 Osman Dullah dan wakil Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Betty Theresa Justin.

 ??  ?? BETTY (dua dari kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang berkumpula­n lelaki.
BETTY (dua dari kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang berkumpula­n lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia