Utusan Borneo (Sabah)

Kesilapan tidak halang raih emas buat Sabah: Jellson

-

IPOH: Walaupun melakukan kesilapan pada terjunan keempat, penerjun negara Jellson Jabilin merangkul pingat emas, bagi acara platform lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 di Pusat Akuatik Tuanku Zara di sini pada Khamis. Jellson, 17, berasal dari Kota Kinabalu berkata dia melakukan kesilapan kerana berasa gementar namun berpuas hati dapat menyumbang dua pingat emas untuk negeri di bawah bayu itu, pada temasya Sukma di Perak, kali ini. “Terjunan itu (Back 3 1/2 Somersault­s) saya tidak pernah buat, saya agak gementar namun selepas terjunan itu, jurulatih telah menenangka­n saya dan memberi sedikit motivasi selain memberikan semangat. “Saya gembira dapat menyumbang­kan dua emas untuk Sabah kerana dua tahun lepas pada Sukma Sarawak, saya hanya menyumbang­kan dua pingat perak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Jellson mengumpul mata keseluruha­n 347.00 manakala Enrique Macartney Harold dari Sarawak menerima pingat perak (329.90 mata) dan rakan sepasukann­ya, Bertrand Rhodict Lises mendapat pingat gangsa dengan kutipan mata 314.35. Pada Khamis, Jellson bersama rakan sepasukann­ya, Gabriel Gilbert Daim, meraih emas buat Sabah pada acara 3 meter papan anjal seirama lelaki. Jelasnya, selepas ini beliau akan mempersiap­kan diri untuk Sukan Olimpik Musim Panas Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina, pada bulan depan. Bagi acara 3 meter papan anjal seirama wanita, Wilayah Persekutua­n menambah koleksi emas menerusi gandingan penerjun kebangsaan, Loh Zhia Yi, 21, dan Ong Ker Ying, 16. Loh berkata dia dan Ong gembira meraih pingat emas namun masing-masing menyatakan rasa tidak puas hati dengan aksi hari ini berbanding sewaktu latihan. “Semua peserta hari ini melakukan aksi yang bagus,” katanya yang telah mengumpul lima pingat emas termasuk hari ini bagi acara terjun, sejak Sukma di Melaka pada 2010. Loh dan Ong mengumpul mata keseluruha­n 257.13 manakala pasangan penerjun Selangor, Adeline Chin Wei Ling dan Koh Hui Yan menerima pingat perak (247.68 mata) serta pasangan terjun Sabah, Nur Ain Nadzmi dan Nurfazriya­nti Jali mendapat pingat gangsa dengan kutipan mata 204.81. Permaisuri Raja Perak Tuanku Zara Salim berkenan menyampaik­an pingat dan anak patung maskot Chor kepada semua pemenang bagi dua acara terjun pada pada Khamis. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? TUANKU Zara (kiri) berkenan menyampaik­an pingat kepada para pemenang dalam acara renang platform lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) Perak ke-19 di Pusat Akuatik Tuanku Zara. Pingat emas diraih oleh atlet Sabah Jellson Jabilin (tengah) dengan mengutip mata 347 manakala pingat perak dan gangsa diraih oleh atlet Sarawak Enrique M Harold (dua, kiri) Bertrand Rhodict Lises (dua, kanan).
-Gambar Bernama TUANKU Zara (kiri) berkenan menyampaik­an pingat kepada para pemenang dalam acara renang platform lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) Perak ke-19 di Pusat Akuatik Tuanku Zara. Pingat emas diraih oleh atlet Sabah Jellson Jabilin (tengah) dengan mengutip mata 347 manakala pingat perak dan gangsa diraih oleh atlet Sarawak Enrique M Harold (dua, kiri) Bertrand Rhodict Lises (dua, kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia