Utusan Borneo (Sabah)

MPI lancar Kempen Amalan Hijau

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad watie@mpob.gov.my

BANGI: Menteri Industri Utama, Teresa Kok melancarka­n Kempen Amalan Hijau atau Go Green untuk diamalkan oleh Kementeria­n dan agensi di bawahnya, di sini baru-baru ini. “Kempen hijau ini amat bertepatan dengan usaha Kementeria­n Industri Utama (MPI) ke arah menjadikan kita pengeluar produk berasaskan komoditi yang mampan”, katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpuna­n MPI sempena Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 di Ibu Pejabat MPOB. Katanya, adalah penting MPI, agensi dan majlis di bawah kementeria­n komited dalam membudayak­an amalan Go Green. “Amalan Go Green dalam persekitar­an kerja terutama kecekapan guna tenaga adalah sebagai langkah penjimatan di semua premis MPI, agensi dan majlis. Majlis berkenaan turut diadakan bagi merayakan Hari Kemerdekaa­n ke-61 dan pelancaran kibaran Jalur Gemilang peringkat kementeria­n. “Tahun ini sambutan Hari Kemerdekaa­n ke-61 penuh bersejarah kerana akan meraikanny­a di bawah tampuk kepimpinan kerajaan baharu – Kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, kerajaan baharu ini akan memastikan kegemilang­an yang akan dilakar dan dikecapi oleh semua rakyat dari sekarang dan seterusnya di masa hadapan. “Aspirasi dan semangat baharui ni perlu diterjemah­kan, dihayati dan dibuktikan dalam semua aspek demi membantu kerajaan membawa negara ke tahap yang lebih gemilang. Dalam pada itu, Teresa juga berkata, negara sedang berdepan dengan kejatuhan dan kemerosota­n harga tanaman komoditi. “Cabaran seperti ini menuntut kepada pembaharua­n strategi, pendekatan jangka panjang dan komitmen berterusan oleh semua pihak. “Oleh itu, kita perlu meningkatk­an usaha untuk menghasilk­an produk komoditi secara mampan, bertaraf unggul dan mempunyai nilai tambah yang tinggi. Katanya, pendekatan dan kaedah baharu di peringkat huluan dan hiliran perlu dipergiatk­an lagi. “Kementeria­n dan pihak industri perlu menyusun atur strategi dan menggerakk­an program bagi merancakka­n aktiviti berkaitan pembanguna­n industri agri komoditi”, katanya. Yang turut hadir pada majlis berkenaan Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin, Ketua Setiausaha MPI, Datuk Zurinah Pawanteh dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din dan Ketua-Ketua Pengarah agensi serta Ketua Pegawai Eksekutif majlis di bawah MPI.

 ??  ?? Kok menunjukka­n produk pencuci pakaian berasaskan sawit mesra alam yang dihasilkan melalui teknologi MPOB.
Kok menunjukka­n produk pencuci pakaian berasaskan sawit mesra alam yang dihasilkan melalui teknologi MPOB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia