Utusan Borneo (Sabah)

Pidato Kenegaraan tingkat semangat patriotik

-

KOTA KINABALU: Pertanding­an Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2018 mampu meningkatk­an semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.

Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Norzawiyah Bulka berkata, tema ‘Sayangi Malaysiaku’ telah diangkat sebagai tema pertanding­an tahun ini.

“Melalui tema yang sama dengan Sambutan Hari Kebangsaan ini, ia dapat memupuksem­angatperpa­duan dalam kalangan masyarakat dan meningkatk­an semangat kecintaan terhadap negara.

“Hal ini kerana, para peserta akan mendalami tajuk yang disampaika­n dan berkongsi maklumat dengan pendengar serta penonton semasa penyampaia­n pidato.

“Rakaman persembaha­n akan disiarkan dalam platform media sosial Jabatan Penerangan untuk rujukan dan panduan masa hadapan,” jelasnya ketika ditemubual oleh saluran Radio Sabah fm di Kompleks Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia pada Khamis.

Dalam pada itu, Norzawiyah berharap pertanding­an yang berlangsun­g 23 September ini mendapat sambutan dan sokongan daripada semua lapisan masyarakat agar jiwa patriotism­e dapat terus disemarakk­an dan digeloraka­n.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dijangka hadir merasmikan Pertanding­an Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2018 dan diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pengarah Penerangan Malaysia Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

 ??  ?? NORZAWIYAH (kiri) ketika ditemubual oleh saluran Radio Sabah fm sempena Pertanding­an Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2018.
NORZAWIYAH (kiri) ketika ditemubual oleh saluran Radio Sabah fm sempena Pertanding­an Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia