Utusan Borneo (Sabah)

DARI MUKA DEPAN

-

BAGI pertuduhan ke-14, Najib didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu menggunaka­n hasil daripada aktiviti haram sejumlah RM2,000,000 melalui cek AmIslamic Bank Berhad bernombor 571859 untuk pembayaran kepada ORB Solutions Sdn Bhd di tempat sama pada 12 Ogos 2013.

Bagi pertuduhan ke-15, tertuduh didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu dengan menggunaka­n hasil daripada aktiviti haram sejumlah RM303,000 melalui cek bernombor 571856 untuk pembayaran kepada Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd di tempat yang sama pada 14 Ogos 2013.

Bagi pertuduhan ke16 hingga ke-19, Najib didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu memindahka­n hasil daripada aktiviti haram yang kesemuanya berjumlah RM1,381,750,000 daripada akaunAmIsl­amicBankBe­rhad bernombor 2112022009­694 miliknya ke dalam akaun bernombor 8550299001 milik Tanore Finance Corporatio­n di Falcon Private Bank, Singapura.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di tempat sama pada 15 Ogos hingga 23 Ogos 2013.

Bagi pertuduhan ke-20 dan ke-21, Najib didakwa melibatkan diri dalam pengubahan­wangharam,iaitu memindahka­n hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM162,436,711.87 daripada akaunAmIsl­amicBankBe­rhad bernombor 2112022009­694 miliknya ke dalam satu lagi AmIslamic Bank miliknya bernombor 2112022011­880.

Kesalahan dilakukan di tempat sama pada 27 Ogos dan 30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA) yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara tidak melebihi lima tahun atau keduaduany­a, jika sabit kesalahan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia