Upko akan pastikan MA63 dilaksana

Seperti diharapkan rakyat Sabah, Sarawak

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

KOTA KINABALU: Ketua Pergerakan Komulakan, Datuk Ewon Benedict berkata Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) akan terus memastikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dapat dilaksanakan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah itu berkata ia antara tuntutan Upko yang diutarakan secara konsisten bagi memastikan pelaksanaan MA63 berjalan lancar seperti yang diharapkan oleh rakyat di negeri ini mahupun Sarawak.

“Upko akan terus menjadi sebahagian daripada usaha yang berterusan bagi memastikan M63 dapat dilaksanakan sebaikbaiknya.

“Sebagai rakan dalam kabinet dan rakan parti, ini juga antara tuntutan UPKO yang diutarakan secara konsisten,” katanya kepada pemberita pada Mesyuarat Agung Tritahunan, Pemuda, Wanita dan Komulakan, di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertemuan antara Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang senada untuk mendapatkan semula hak dan kuasanya seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Khamis.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin itu berkata sudah tiba masanya kedua-dua negeri bersepakat untuk membolehkan suara dan aspirasi rakyat kedua-dua negeri didengari demi untuk kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak serta negara keseluruhan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.