Pendaftaran Kad IMM13 dihentikan serta-merta

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menghentikan penerimaan permohonan pendaftaran anak-anak untuk mendapatkan dokumen IMM13 daripada ibu bapa pemegang dokumen IMM13.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Datuk Musa Sulaiman dalam kenyataannya berkata arahan pemberhentian penerimaan permohonan berkenaan berkuat kuasa serta-merta (12 Okt) di seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Untuk rekod, dokumen IMM13 dikeluarkan kepada warga Filipina yang melarikan diri ke Sabah pada tahun 1970-an dari negara asal mereka di selatan Filipina ekoran krisis politik di wilayah selatan negara itu.

Baru-baru ini, terdapat satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan ratusan pemegang IMM13 beratur di hadapan bangunan Wisma Dang Bandang untuk berurusan dengan Pejabat Unit Khas Imigresen.

Sebelum ini, Musa berkata jabatan mula menerima kembali permohonan-permohonan itu pada 1 Oktober 2018.

“Keadaan sesak itu disebabkan pertambahan secara mendadak pelanggan kami yang terdiri daripada pemegang Kad IMM13 yang membawa anak mereka mendaftar IMM13,” katanya.

Menurutnya, Jabatan Imigresen hanya menerima permohonan pengeluaran IMM13 bagi anakanak pemegang IMM13 yang mempunyai rekod kelahiran daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.