Tujuh rumah musnah dalam kebakaran

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

KOTA KINABALU: Tujuh rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Taman Juta Keningau pada malam Khamis.

Pusat Gerakan Operasi Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 9.10 malam.

Berikutan itu, tiga buah jentera bersama 17 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau digegaskan ke lokasi kejadian yang diketuai oleh PgB Yuzaimi Hairrul Azwab Juatan.

Dalam satu kenyataan oleh Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, kebakaran itu melibatkan satu blok rumah yang terdiri daripada tujuh buah kediaman dengan keluasan 20x50 kaki (sebuah).

Menurutnya, kesemua rumah itu telah musnah sepenuhnya dan kebakaran hanya berjaya dikawal pada jam 11.15 malam.

Operasi memadam kebakaran tamat sepenuhnya pada jam 12.32 tengah malam. Tiada kecederaan atau kematian yang dilaporkan dalam kejadian itu.

ANGGOTA bomba memadamkan api kebakaran yang memusnahkan tujuh rumah di Taman Juta Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.