Motosikal bertembung: Dua penunggang maut, pembonceng parah

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANGAN: Dua buruh ladang maut selepas motosikal ditunggang bertembung sesama sendiri dalam kejadian di Kilometer 135 Jalan SandakanLahad Datu, lewat petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Sahak Rahmat berkata mangsa dikenali sebagai Zulfadlie Baharuddin, 19, dan Ramli Karim, 24, meninggal dunia di tempat kejadian impak pertembungan itu.

Manakala seorang lagi mangsa, pembonceng salah sebuah motosikal terbabit iaitu Iwan Rosli, 20, cedera parah dan dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan.

“Dalam kejadian kirakira jam 7 petang, semasa mangsa (Zulfadlie) dalam perjalanan dari Ladang Tye Yang menuju ke Lahad Datu, sampai di tempat kejadian tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan merempuh sebuah lagi motosikal yang ditunggang Ramli bersama pemboncengnya, yang dalam perjalanan dari Ladang Kokorotos ke Paris 3.

“Impak kejadian itu, kedua-dua penunggang motosikal maut di tempat kejadian, manakala pembonceng cedera parah,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian mangsa (Zulfadlie) kerana hilang kawalan lalu makan jalan sebelah kanan sebelum merempuh sebuah lagi motosikal dari arah depan.

Tambahnya semasa kejadian, permukaan jalan basah.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MOTOSIKAL yang terbabit dalam kemalangan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.