Jangan fitnah Upko bersubahat beri dokumen peribadi kepada PTI

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

KOTA KINABALU: Persepsi bahawa Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (Upko) bersubahat dalam memberikan dokumen peribadi kepada Pendatang Tanpa Izin (PTI) adalah tohmahan dan fitnah yang sangat jahat.

Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, parti itu tidak pernah sesekali bersubahat dalam hal demikian dan beliau sendiri tidak pernah melakukan perkara terkutuk itu.

“Ini adalah tohmahan dan fitnah yang sangat jahat... Saya ulangi, ini adalah fitnah yang sangat jahat yang dilontarkan kepada Upko.

“Upko tidak sesekali akan bersubahat di dalam isu PTI!...Saya juga tidak pernah dan tidak akan bersubahat memberikan dokumen peribadi kepada PTI,” katanya ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Tritahunan Upko ke-15, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, pendirian Upko mengenai PTI adalah sangat konsisten. Malah, Upko yang mendesak sehingga Kerajaan Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Presiden Upko ketika itu, Tan Sri Bernard Dompok pernah memberikan ultimatum bahawa, kalau kerajaan tidak menubuhkan RCI, beliau akan meletakkan jawatan sebagai menteri.

Katanya, sebelum dan selepas penubuhan RCI, Upko bekerja keras mengumpul bukti dan fakta mengenai masalah PTI di Sabah.

“Hasil kajian ini begitu mengejutkan, sangat menyedihkan. Upko mendapati ramai PTI yang berjaya mendapatkan dokumen termasuk kad pengenalan (IC) melalui kaedah jenayah dan rasuah.

“PTI yang ditemui mengaku kepada Upko yang mereka merasuah pegawaipegawai ataupun membeli melalui sindiket-sindiket jenayah untuk mendapat IC dan dokumen-dokumen yang lain.

“Selain itu, ramai termasuk Ketuaketua Kampung dan pegawai-pegawai agensi penguatkuasa yang bersubahat membantu PTI. Itu dapatan kami, dan ia telah kami kumpul menjadi 26 buah buku,” katanya.

Madius yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, pendirian Upko adalah mahu supaya kesemua pemegang IC Malaysia di Sabah ditarik balik dan diberikan hanya kepada mereka yang benarbenar layak mengikut Perlembagaan dan UndangUndang Malaysia.

Katanya, ia kerana menurut kajian Upko itu, terdapat bukti yang sangat jelas bahawa 80 peratus daripada PTI yang mendapat dokumendokumen termasuk IC adalah melalui kaedah rasuah dan jenayah.

“Upko baru sahaja melakukan perbincangan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Upko tetap tegas dengan pendirian bahawa saranan-saranan RCI harus dilaksanakan dengan kadar segera.

“Dalam pertemuan pada Selasa lalu, saya mengulangi pendirian saya mengenai keperluan untuk menarik balik IC Malaysia di Sabah.

“Upko menggesa Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk memandang serius isu PTI kerana lama-kelamaan semakin ramai ‘Photocopy Sabahan’ itu akan berhijrah ke Semenanjung Malaysia dan menjadi PTI di seberang,” katanya.

Menurutnya, isu itu antara lima cabaran yang perlu diatasi dan lima agenda yang wajib dilaksanakan sepanjang tempoh beliau menjadi Presiden Upko untuk penggal 2018 ke 2021.

Antara empat cabaran lain adalah mengutamakan perjuangan Upko, menangani persepsi politik masa kini, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Generasi Z.-Oleh

SIONG HAN

YAP

MADIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.