Polis Marin berkas tujuh warga Filipina bom ikan

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

KUALA LUMPUR: Sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di kawasan Bangi Avenue, Kajang, mengalami kerugian kira-kira RM500,000 selepas disamun tiga lelaki bersenjata tengah hari Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1.47 tengah hari apabila tiga lelaki bersenjatakan objek menyerupai pistol dan tukul besi masuk ke premis itu.

“Menurut saksi, dua daripada suspek bertindak memecahkan cermin kaunter pameran (emas) menggunakan tukul besi, manakala seorang lagi suspek bersenjatakan objek menyerupai pistol menunggu di bahagian luar premis,” katanya dalam satu kenyataan, malam Sabtu.

“Siasatan polis juga mendapati semasa kejadian, terdapat dua pekerja wanita yang sedang bertugas dan kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata kejadian itu yang berdurasi selama dua minit itu telah dirakam melalui rakaman litar tertutup (CCTV).

Kesemuasuspekmeloloskan diri menggunakan dua motosikal.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.