Lima atlet WTF sumbang pingat Taekwondo Remaja Kebangsaan

Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan Kali ke 9

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

LAHAD DATU: Perdana TaekwondoClub(WTF)Sabah berjaya sumbang 2 pingat emas 2 perak dan 1 gangsa menerusi lima atlet pelapisnya dalam Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan Kali ke 9 yang telah berlangsung di Stadium Perbandaraan Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini.

Menurut Ketua Jurulatih PTC Bernardo Vivero berkata pada hari pertama kejohanan, Steword Pitarus, 10 tahun, merupakan pelajar SK Bukit Belacon telah mempamerkan persembahan yang amat cemerlang pada pusingan awal apabila dia telah berjaya mengalahkan peserta Kedah dengan pungutan mata 23 berbalas 3.

Pada perlawanan kedua, Steword sekali lagi telah menunjukan kecemerlangannya dan hanya memerlukan 16 saat sahaja untuk menewaskan lawannya dengan menggunakan tendangan ‘reverse kick’ yang menyebabkan pihak lawan TKO.

Memasuki pusingan suku akhir sekali lagi Steword menang mudah dengan point gap 20 berbalas 0.

Di pusingan separuh akhir Steword menang dengan point 28-20 sekaligus memberikannya ruang untuk memasuki pusingan akhir di mana dia telah menentang pasukan tuan rumah Johor dan kemenangan berpihak kepadanya dengan point 34 berbalas 27 untuk merangkul pingat emas.

PenyumbangemaskeduaPTC adalah menerusi Mohd Nor Faiz Romeo di mana pada pusingan awal dia hanya memerlukan 5 saat sahaja untuk menang dengan memberi tendangan ‘back thrust’ menyebabkan lawan TKO.

Dan pusingan separuh akhir, dia menang ‘sudden death’ menentang peserta Koryo dan akhirnya pada perlawanan akhir Mohd Nor Faiz menang melawan Smart MA Takewondo Club dengan mata 27 berbalas 23.

Jelas Bernardo, bagi penyumbang pingat perak ia dihasilkan oleh Dayang Naziha apabila telah berjaya mengalahkan peserta pelapis Kelantan yang juga merupakan atlet Sukma 2018 dengan jumlah mata yang jauh iaitu 64 berbalas 19.

Akan tetapi Dayang terpaksa akur dengan kekalahannya kepada peserta Sukma Perlis dan hanya mampu bawa pulang pingat perak.

Penyumbang pingat perak yang kedua adalah menerusi Maxwelthernjohn Vitterlimen di mana pada perlawanan pertama ketika menentang kelab ternama di Semananjung Malaysia Koryo telah menang dengan kutipan mata 19 berbalas 8.

Di separuh akhir Maxwelthernjohn menang tipis ketika menentang peserta Selangor dengan 24-23 akan tetapi pada perlawanan akhir Maxmengelamikecederankaki namun berjaya menghabiskan perlawanan dan hanya berjaya dapat pingat perak.

Penyumbang pingat gangsa adalah menerusi Nurika Syafiqah Ridwan, dia telah menunjukan peningkatan yang baik pada kejohanan kali ini di mana di awal perlawanan telah mengalahkan peserta dari Selangor dengan point 33 berbalas 13 dan di suku akhir ia mengalahkan peserta Speed Power dengan point 33 berbalas 32 dan kalah tipis dengan peserta Koryo separuh akhir dengan mata 40-39.

Sehubungan itu Bernardo berharap agar ketua jurulatih Remaja Kebangsaan Malaysia akan mempertimbangkan dan menilai hala tuju atletatlet pelapis ini di masa akan datang.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa atlet-atletiniyangmanamereka ini tidak mempunyai pekerjaan tetapi sanggup berusaha untuk mengumpul dana supaya anakanak mereka dapat menyertai kejohanan yang lebih besar seperti Kejohanan Remaja Kebangsaan ini.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada United Taekwondo Sabah Association terutama kepada presiden UTSA Master Francis kerana telah memberi peluang kepada atlet-atlet ini menyertai kejohanan ini walaupun mereka ini tidak tersenarai dalam data ranking UTSA,” tegasnya.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada United Taekwondo Sabah Association terutama kepada presiden UTSA Master Francis kerana telah memberi peluang kepada atlet-atlet ini menyertai kejohanan ini walaupun mereka ini tidak tersenarai dalam data ranking UTSA ” BERNARDO VIVERO Ketua Jurulatih PTC

DAYANG NAZIHA

NURIKA SYAFIQAH

MAXWELTHERNJOHN

MOHD NOR

STEWORD

BERNARDO (kiri) bersama Presiden PTC Datu Mazlan Datu Ibrahim (kanan) merakamkan album bersama lima atlet pelapisnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.