Polis Marin berkas tujuh warga Filipina bom ikan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

LABUAN: Polis Marin memberkas tujuh lelaki warga Filipina serta merampas kira-kira 100 kilogram ikan yang dipercayai ditangkap menggunakan kaedah ‘bom ikan’ berhampiran pelantar minyak di perairan Semarang pada Jumaat.

Pemangku Komander Polis Marin Wilayah 4 Labuan Supt Abdul Nasir Othman berkata mereka ditangkap ketika melakukan aktiviti mengebom ikan oleh sepasukan peronda yang menjalankan Ops Terancang pada kira-kira 9.30 malam.

“Pemeriksaan ke atas bot mereka turut menemukan peralatan letupan buatan sendiri,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Susulan itu, beliau berkata pihaknya merampas bot bernilai RM70,000, hasil tangkapan yang dianggar bernilai RM6,000, serta lainlain dengan nilai keseluruhan RM101,7000.

Kes disiasat menurut Seksyen 26(1)(a) Akta Perikanan 1985.

Warga Filipina yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri terbabit akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut menurut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.