Wujudkan Politeknik di Kalabakan: MP

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

TAWAU,:Anggota Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman berharap kerajaan pusat mewujudkan Politeknik di kawasan Parlimen itu bagi memenuhi keperluan belia mengikuti bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Beliau berkata ia selari dengan hasrat kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan pusat yang mahu meningkatkan pengeluaran tenaga mahir dalam bidang itu.

“Sekarang kerajaan sedang memfokus kepada TVET… sudah sampai masanya kita minta satu politeknik di kawasan Kalabakan untuk memenuhi keperluan belia di sini. Setakat ini di Kalabakan tiada pusat kemahiran atau institusi pengajian tinggi,” katanya .

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Graduasi Kolej Tingkatan Enam Tawau di Dewan Sri Tawau di sini, pada Sabtu.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Ma’mun menasihatkan pelajar agar mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat apabila mereka memasuki pasaran kerja kelak, untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.