Hujan tidak halang orang ramai saksi sambutan hari lahir TYT Sarawak

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

SIBU: Kira-kira 10,000 hadirin, yang menyaksikan istiadat perbarisan dan rapat raksasa sambutan perayaan hari kelahiran ke-82 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang di sini pada Sabtu, tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing walaupun hujan.

Keriangan mereka yang terdiri daripada pelbagai lapisanmasyarakatbegitujelas sekali bukan setakat kerana berpeluang menyaksikan istiadat perbarisan dan rapat raksasa peringkat negeri Sarawak malah melihat secara lebih dekat Tun Abdul Taib dan isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

Malahan, kebanyakan hadirin siap membawa payung apabila keadaan cuaca didapati mendung sejak awal pagi lagi.

Selain lintas hormat kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian dalam istiadat perbarisan dan rapat raksasa, turut diadakan ialah lintasan pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia yang diiringi dengan 15 das tembakan meriam.

Abdul Taib turut melakukan pemeriksaan ke atas kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian dengan menaiki kenderaan khas.

Sebanyak 121 kontinjen mengambil bahagian dalam istiadat perbarisan dan rapat raksasa yang terdari daripada pasukan berpakaian seragam, jabatan kerajaan, badan berkanun, sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik dari seluruh Sarawak.

Istiadat perbarisan itu diiringi pasukan Pancaragam Gabungan Formasi 1 Divisyen Tentera Darat Diraja Malaysia diketuai Drum Major Ghazali Bujang; Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang diketuai Drum Major Sajali Morshidi dan Pancaragam St Joseph Kuching diketuai Drum Major Dylan Kueh.

Kawalan kehormatan utama diiringi Pancaragam Polis Diraja Malaysia dengan kekuatan 50 anggota diketuai ASP Hamka Sulaiman.

Pegawai Memerintah Batalion ke-10 Rejimen Sempadan, Leftenan Kolonel Mohd Azli Sulaiman mengetuai istiadat perbarisan manakala kawalan kehormatan utama dengan kekuatanseramaitigapegawai dan 100 anggota lain-lain pangkat dari Batalion ke20 Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Ahmad Faiz Ghazali.

Sementara itu, empat skrin raksasa juga disediakan bagi memudahkan orang ramai menyaksikan istiadat perbarisan dan rapat raksasa itu dengan lebih jelas lagi.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.