Pekerja Pizza Hut Labuan maut dalam kemalangan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

LABUAN: Seorang pekerja Pizza Hut maut, manakala rakan sekerjanya cedera apabila motosikal yang mereka naiki berlanggar dengan sebuahkenderaanpelbagai guna berhampiran lampu isyarat bersetentang dengan Mariner Hotel di sini.

Pemuda berusia 22 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku pada 12.18 tengah malam Jumaat.

Rakannya, yang membonceng motosikal berkenaan, cedera parah dan dirawat di sebuah hospital di sini, manakala pemandu Mitsubishi Pajero Sport berusia 36 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bertugas syif malam.

Menurut beliau, rempuhan yang berlaku menyebabkan keduadua mangsa terhumban daripada motosikal yang mereka naiki.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.