Nadma nafi hantar SMS Tabung Gempa Bumi Sulawesi

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) pada Sabtu menafikan menghantar mesej ringkas mengenai Tabung Bencana Gempa Bumi dan Tsunami (TBGBTS) melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp.

Dalam kenyataannya, Nadma menegaskan mesej ringkas yang tersebar atas nama Tabung Bencana GempaBumiNadmayangdidepositkan kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (221191183544) adalah bukan daripada agensi itu.

Sebaliknya, menurut agensi itu mereka yang ingin menderma boleh berbuat terus ke TBGBTS.

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun Bank Muamalat bernombor 16010000882-71-8 atau melalui cek atas nama Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.