Demi keselamatan penduduk

MPS potong rumput di laluan pejalan kaki Taman Tyng-Jalan Lucky

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

SANDAKAN:Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan memotong rumput di laluan pejalan kaki Jalan Lorong 6 Taman Tyng-Jalan Lucky Batu 6 bagi memastikan keselamatan penduduk di sekitar kawasan itu.

MPS menerima aduan daripada seorang penduduk berhubung masalah laluan pejalan kaki yang semak dan mengancam keselamatan penduduk yang lalu di situ.

Sehubungan itu, Presiden MPS Datuk Peter Hii Chang Lik bersama Pegawai Penguatkuasa MPS Irman Tajuddin Edy dan beberapa pegawai telah membuat tinjauan berhubung masalah itu.

Peter Hii berkata pihaknya akan memotong semaksamun sepanjang laluan pejalan kaki berkenaan bagi memastikan keselamatan penduduk yang menggunakan laluan pejalan kaki itu.

“Pihaknya juga akan mengenalpasti status pemilik tanah bagi laluan pejalan kaki itu,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di kawasan berkenaan.

Beliau difahamkan pemilik tanah kawasan laluan pejalan kaki itu dimilik oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) tetapi setakat ini pihaknya belum pasti ia adalah milik JKR.

“Sekiranya milik JKR, pihaknya akan membawa masalah itu dalam mesyuarat Majlis Tindakan Daerah bagi menyelesaikan masalah penduduk di kawasan itu,” jelasnya.

Semasa tinjauan dibuat, seorang penduduk telah mengajukan masalah paip kumbahan yang sering tersumbat.

Peter Hii telah meminta penduduk itu untuk menulis surat kepada pihak majlis untuk dibawa ke mesyuarat Majlis Tindakan Daerah.

“Saya akan meminta agensi kerajaanyangberkaitanuntuk mengambil tindakan demi kepentingan dan keselesaan penduduk,” tegasnya.

Mengenai masalah kawasan tanah lapang di tengah Bandar Sibuga Jaya Batu 8 yang turut ditinjau olehnya, Peter Hii berkata tinjauan yang dibuat telah mendapati kawasan itu kini terbiar dan semak samun.

Beliau berkata pihaknya terdahuluakanmengenalpasti siapa pemilik tanah kawasan lapang terbabit.

“MPS akan meminta pemilik tanah itu untuk membersihkan kawasan miliknya itu agar tidak timbul sebarang masalah seperti dibimbangkan oleh beberapa pihak yang membuat laporan kepada pihak MPS,” katanya.

“Pihaknya akan memotong semak-samun sepanjang laluan pejalan kaki berkenaan bagi memastikan keselamatan penduduk yang menggunakan laluan pejalan kaki itu. ” DATUK PETER HII CHANG LIK Presiden MPS

PETER Hii berbincang dengan Irman dan penduduk mengenai masalah di laluan pejalan kaki Jalan Lorong 6 Taman Tyng – Jalan Lucky Batu 6.

PETER Hii meninjau tanah lapang di Bandar Sibuga Jaya Batu 8.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.