SKK St Anne dan SM Sains Labuan johan Poetry

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

LABUAN: Sekolah Kecemerlangan Kluster SK St Anne dan Sekolah Menengah Sains Labuan, masingmasing muncul johan dalam Pertandingan Poetry Sekolah Rendah dan Menengah yang telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Bebuloh, barubaru ini.

Joyce Deidree Jostelen dan Divina Gracia dari SKK St. Anne muncul johan kategori Sekolah Rendah.

Murid dari SK. Bebuloh, Muhammad Airel Adham Mohd Adni dan Kartika Abdullah menduduki tempat kedua.

Tempat ketiga diraih murid SKK Rancha-Rancha, Amni Naelah Ahmad Saifuddin dan Nur Iffah Nadiah Affandi.

Tempat keempat Kaiyisah Balqis dan Vellentine Junior dari SJK(C) Chi Wen manakala tempat kelima Dayang Shafikah Nazirah Sappie dan Norhayati Yusuf dari SK Tanjung Aru.

Dua pelajar Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL), Honesty Evia Harnot dan Jocelyn Debra muncul johan bagi kategori Sekolah Menengah.

Tempat kedua Shannon Kim Yen Jing dan Nur Fatin Nabila dari SMK Labuan.

Tempat ketiga Eddriane Abdullah Lim dan Mohd. Akmal Zen Rosdey dari SM. St. Anthonny.

Tempat keempat, Aiman Safuan Mohd Johan dan Nureen Azmira Mohd Azhar

DUDUK dari kiri Amidah Basar (PK Hem), Norinie Kasim (GB SKK Rancha-Rancha), Subari Diwar (Ketua Unit, SPPK), Asbollah Amit (Ketua Sektor SPPK), Haji Adam Abd. Rahim (GB SK Bebuloh), Jahar Abit (PK Kokurikulum) bergambar bersama pemenang dan guru pengiring.

dari SMK Lajau.

Manakala tempat kelima dimenangi Evania Liew Hui Chen dan Clarissa Stanley dari SMK Pantai.

Skrip Terbaik dimenangi oleh SMK Lajau dengan tajuk ‘Rememberance Day’ hasil karya Janet. R Tanakinal.

SMK Rancha-Rancha dengan tajuk ‘I Won’t Be Lonely Anymore’ (Puteri Shazlin) mendapat tempat kedua.

Tempat ketiga pula diraih SMK Taman Perumahan Bedaun menerusi ‘World Apart’ (Joelle Hansen).

Bagi Kategori Sekolah Rendah pula, Skrip terbaik dimenangi SKK ST. Anne dengan tajuk ‘Wish For My Home Planet’, karya Manisha Vanida.

Tempat kedua SKK Rancha-Rancha dengan tajuk ‘Wonderful Made’ (Dayang Nur Atiqa Osman) dan tempat ketiga SK. Pekan Satu dengan tajuk ‘Overoming Life Challenge’ (Karen David).

Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggeris, SK. Bebuloh Sempena Festival Bahasa Peringkat Negeri.

Sebanyak 15 buah sekolah rendah dan 8 buah sekolah menengah menyertai pertandingan tersebut.

Antara objektif pertandingan diadakan adalah untuk mencungkil dan mengasah bakat dalam poetry recitation, memupuk sikap yakin diri dan berani di samping menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan murid.

Selain itu, mewujudkan daya saing secara sihat dalam kalangan murid serta memberi peluang kepada muridmurid untuk belajar Bahasa Inggeris melalui aktiviti yang menyeronokkan.

Pertandingan Poetry Recitation ini dihakimi oleh para juri yang sangat berpengalaman seperti Heveldy Morudin (SKK SK. Rancha Rancha) dan Hamidah Abdullah (SKK SK ST. Anne) manakala juri bagi Skrip ialah Chin Tsuey Wei (SPA, JPWPL), Julie Koh Lian Wing (LIS), Soon Chew Yoke (Kolej Vokasional Labuan) bagi hakim sekolah menengah.

Manakala Aqmal Ekhlas (SK. Sg. Bedaun), Fatin Raihana Abd. Halim (SJK(C) Chi Wen) dan Venessa Joseph Sagar (SK. Lubok Temiang) menjadi hakim bagi Sekolah Rendah.

Pertandingan berjalan lancar di bawah seliaan Pengurus Teknik (PT) sekolah menengah, Joscey Joseph@Linda dan PT sekolah rendah, Suhaiza Salim yang dibantu oleh Nur Kamilah Abdullah Philip selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris SK. Bebuloh.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Sektor Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Labuan, Asbollah Amit.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Unit SPPK, Subari Diwar, Guru Besar SK. Bebuloh. Haji Adam Abd. Rahim, Penolong-penolong Kanan SK Bebuloh, Aznan Abidin (Pentadbiran), Jahar Abit (Kokurikulum) dan Amidah Basar (PK HEM).

ASBOLLAH menyampaikan hadiah kepada johan sekolah menengah Honesty Evia Harnot dan Joelyn Debra dari SM Sains Labuan.

JOYCE Deidree Jostelen dan Divina Gracia dari SKK St. Anne menerima hadiah johan Poetry sekolah rendah daripada Asbollah sambil diperhatikan Haji Adam (kiri) dan Subari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.