Merangsang ekonomi rakyat

SUCCC sokong perniagaan tukar barang diteruskan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh YUSOP TEPPO

KOTAKINABALU:Presiden Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah (SUCCC) Tan Sri Andrew Liew Sui Fatt menyatakan sokongannya terhadap pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Shafie Apdal untuk meneruskan perniagaan tukar barang mulai tahun hadapan.

Beliau berkata kebangkitan semula aktiviti perniagaan tukar barang akan merangsang ekonomi yang lembap di bandar-bandar utama pantai timur di Sabah, serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

Andrew berkata perniagaan tukar barang sejak berabad lalu antara Kudat, Sandakan dan Tawau di Sabah dengan selatan Filipina dan Indonesia telah menjadi sistem perdagangan tradisional bagi masyarakat di ketiga-tiga kawasan itu.

“Sabah, selatan Filipina dan Indonesia kaya dengan sumber semula jadi. Masyarakat di kawasan ini menjalankan perniagaan tukar barang dengan produk tempatan dan pertanian yang lain.

“Meneruskan semula perniagaan tukar barang akan menghasilkan perkembangan positif terhadap ekonomi tempatan di Kudat, Sandakan, Tawau dan perbandaran sekitar,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata ekonomi di pantai timur telah terjejas teruk sejak Kerajaan Negeri mengumumkan pengharaman perniagaan tukar barang dua tahun lalu untuk membendung berlakunya penculikan.

Andrew berkata beliau telah membayangkan pendapatnya tentang perkara ini kepada Kerajaan Negeri pada masa itu dan beliau percaya bahawa kerajaan telah mengumpulkan maklumat yang diperlukan mengenai perniagaan tukar barang daripada pelbagai saluran.

“Memandangkan Ketua Menteri kita sendiri berasal dari Semporna, kita percaya bahawa dia telah melakukan banyak kajian sebelum mengumumkan untuk meneruskan perniagaan tukar barang ini,” katanya.

Beliau berkata SUCCC akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeriuntukmempromosikan aktiviti perniagaan dan menarik lebih ramai pelabur asing ke Sabah.

“Sabah, selatan Filipina dan Indonesia kaya dengan sumber semula jadi. Masyarakat di kawasan ini menjalankan perniagaan tukar barang dengan produk tempatan dan pertanian yang lain. Meneruskan semula perniagaan tukar barang akan menghasilkan perkembangan positif terhadap ekonomi tempatan di Kudat, Sandakan, Tawau dan ” perbandaran sekitar. TAN SRI ANDREW LIEW SUI FATT Presiden Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.