Fook Loi buka pusat 3S baharu di Sandakan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Hii menyampaikan hadiah kepada pelanggan pertama membeli kereta Proton di pusat itu.

SANDAKAN: Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd membuka Pusat 3S baharu untuk menyediakan perkhidmatan bagi para pelanggan Proton di Sandakan.

Pusat 3S iaitu jualan, servis dan alat ganti itu, dibuka di Batu 2 ½ Jalan Utara yang akan memberikan perkhidmatan lebih selesa kepada pelanggan.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk Peter Hii Chang Lik yang merupakan salah seorang tetamu kehormat pada majlis itu mengucapkan tahniah kepada pihak Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd yang berjaya membuka Pusat 3S.

Beliau melahirkan rasa gembira dengan pembukaan pusat ini yang boleh memberi ruang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

“Lebih banyak kedaikedai baharu dibuka di bandar ini, sudah tentu akan banyak peluang pekerjaan disediakan kepada masyarakat di Sandakan,” katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd, Pusat 3S di Batu 2 ½ Jalan Utara, pagi Sabtu.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Fook Loi Sdn Bhd; Thomas Chiu dan pegawai dari pihak Proton.

Peter Hii berkata ini menandakan ekonomi di Sandakan akan bertambah baik dengan kehadiran pelabur-pelabur yang membuka premis baharu seperti ini.

Beliau berharap akan lebih banyak lagi pelabur datang ke Sandakan untuk membuka perniagaan mereka.

“Saya berharap juga agar Pusat 3S ini memberi kemudahan lebih baik kepada pelanggan mereka dan menyediakan keselesaan sekaligus menarik lebih ramai pelanggan,” katanya.Oleh YUSOP TEPPO

PETER

THOMAS bersama Peter Hii serta pengarah-pengarah Fook Loi dan pihak proton memotong reben di hadapan Pusat 3S baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.