Pasar Elopura kini lebih selesa

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh NOORASVILLA MUHAMMA

SANDAKAN: Peniaga di Pasar Elopura, Batu 1 Setengah di sini kini boleh menjalankan perniagaan dengan lebih selesa apabila penyedut udara di bahagian bumbung telah diganti baharu.

Selain itu, pagar besi turut dipasang bagi mengelak kemalangan berlaku berikutan terdapat parit besar di bahagian belakang pasar.

Kedua-dua projek pemasangan itu telah siap diaksanakan oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pada Rabu lalu.

Ia selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun mengemukakan cadangan itu kepada MPS dengan mengambil kira keselamatan dan keselesaan peniaga serta pelanggan.

Terbaharu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Elopura, Jason Pang telah meninjau keadaan di pasar itu dan berpuas hati dengan kerja yang telah siap sepenuhnya.

Beliau juga melahirkan penghargaan kepada MPS dan kakitangannya yang terlibat kerana telah melaksanakan tugas dengan cepat dan cekap.

Katanya, lebih banyak kerjasama di antara Adun Elopura dan MPS akan dilaksanakan untuk mempertingkatkan kemudahan dan keselamatan di pasar.

JASON bersama salah seorang peniaga di Pasar Elopura, Batu 1 Setengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.