Polis sahkan pembantu Najib buat laporan polis

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh pembantu kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tanpa memberikan butiran lanjut, Ketua Polis Daerah Sentul ACP S. Shanmugamoorthy Chinniah ketika dihubungi berkata pembantu Najib membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul petang Sabtu.

Pada Jumaat, Najib dalam status Facebook rasmi beliau, mengarahkan pembantunya membuat laporan polis bagi membolehkan satu penyiasatan polis dijalankan membabitkan dakwaan beliau terbabit dalam kes pembunuhan beberapa individu termasuk model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.