Isa Samad satu-satunya calon mengundi pada PRK Port Dickson

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

PORT DICKSON,: Calon Bebas, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad merupakan satu-satunya calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, yang mengundi pada Sabtu.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menunaikan tanggungjawab di Sekolah Kebangsaan (SK) Linggi di sini sejurus tiba pada pukul 11.15 pagi dengan ditemani empat orang anaknya Mohd Najib, 40, Megawati, 37, Lelawati, 34 dan Juhaida, 29.

Mohd Isa, 69, yang mengenakan kemeja putih yang sebahagiannya bercorak merah, oren dan kuning serta berseluar hitam, mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menyelesaikan tanggungjawabnya selepas bersama-sama beratur dengan pengundi lain.

Terdahulu, keempatempat anaknya menunaikan tanggungjawab di pusat mengundi di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Cahaya Ihsan Linggi, Sekolah Kebangsaan Kampung Baru dan Sekolah Kebangsaan Port Dickson.

Pusat pengundian di SK Linggi itu antara 32 pusat mengundi yang dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 68,317 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Sementara itu, calon Pas Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar yang turut hadir di sekolah berkenaan bagi meninjau perjalanan proses pengundian menyeru pengundikeluarmenunaikan tanggungjawab mereka.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas untuk membolehkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada PRU14, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada Pas.

Selain Mohd Isa dan Mohd Nazari, PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru iaitu Anwar yang mewakili Pakatan Harapan dan empat calon Bebas termasuk bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.Bernama

ISA Samad menunggu giliran untuk mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson di Sek Keb Linggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.