Polis akan panggil ahli politik terbabit sekiranya perlu: Fuzi

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

ISKANDAR PUTERI: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada Sabtu berkata pihaknya akan memanggil ahli politik terbabit untuk memberi keterangan sekiranya perlu, berhubung laporan polis yang dibuat pembantu peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat.

Menurut beliau, pihaknya mengesahkan telah menerima laporan berkenaan dan siasatan akan dilakukan mengikut prosedur biasa.

“Laporan (itu) dibuat di (IPD) Sentul oleh pembantu beliau (Najib) terhadap tokoh tokoh politik tertentu berkaitan dakwaan yang dibuat (oleh ahli politik berkenaan).

“Jadi kita akan siasat dan ambil tindakan sewajarnya, ini proses yang biasa,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sukan Negara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Puteri Harbour Marina, di sini, pada Sabtu.

Fuzi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan polis pembantu Najib di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul petang Jumaat. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.