Gunung berapi berbahaya Fuego meletus semula

Utusan Borneo (Sabah) - - Global -

BANDAR GUATEMALA: Gunung berapi berbahaya Fuego di Guatemala telah meletus semula pada awal kelmarin, melepaskan satu aliran lava sehingga 600 meter dan memuntahkan kepulan awan debu yang naik ke udara.

Aktiviti gunung berapi yang bertambah sejak tempoh 24 jam yang lepas boleh menghasilkan bertan-tan bahan gunung berapi yang berbahaya dan memaksa pemindahan penduduk pergunungan, agensi pengurusan bencana CONRED di Guatemala memberikan amaran.

Satu letusan yang sangat kuat pada 3 Jun dari gunung berapi Fuego terletak 35 kilometer barat daya ibu negara telah menghasilkan hujan batu, debu dan gas toksik ke atas beberapa kampung serta menyebabkan 190 terkorban dan 235 orang hilang.

CONRED masih belum mengeluarkan arahan bagi pemindahan terhadap beberapa komuniti pergunungan pada awal kelmarin, namun jurucakap David de Leon menyatakan: “Mempertimbangkan bagaimana gunung berapi itu bertindak beberapa komuniti perlu membuat keputusan untuk berpindah ke kawasan yang selamat.”

Pihak berkuasa telah menutup sebatang lebuh raya berhampiran sebagai satu langkah berjaga-jaga dan pakar gunung berapi telah memberikan amaran kepada agensi penerbangan awam mengenai satu awan debu hingga ke barat dan barat daya gunung berapi.

Para saintis yang mengawasi gunung berapi setinggi 3,763meter itu telah melaporkan aktiviti yang bertambah sejak lewat Khamis lepas. Bagaimanapun, aktiviti menjadi semakin tegang kelmarin dengan letusan yang kuat dan pengaliran lava, menurut Institute of Vulcanology.

Kira-kira 2,900 mangsa yang kehilangan tempat tinggal bagi bencana sebelum itu masih berada di pusat pemindahan sementara ketika pihak kerajaan berjanji untuk membina 1,000 buah rumah tetap di sebuah ladang negara yang telah dihalang oleh perkara yang tidak betul. — AFP

DALAM gambar fail yang diambil pada 11 Jun lalu menunjukkan Gunung Berapi Fuego terus mengeluarkan abu dan asap lebih seminggu selepas satu letusan kuat seperti kelihatan dari perbandaran Palin di daerah Escuintla, kira-kira 35 km ke barat daya Guatemala City. Kelmarin gunung tersebut memulakan fasa letusan baharu dengan aliran lahar selepas aktiviti kuat pada Jun lepas yang mengorbankan 190 orang. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.