Pengadun bunyi mati terjatuh ketika penggambaran filem

Utusan Borneo (Sabah) - - Global -

LOS ANGELES: Seorang pengadun bunyi pernah memenangi anugerah telah meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah beranda di set penggambaran sebuah filem baharu dibintangi oleh Tom Hanks sebagai pengacara rancangan kanak-kanak di televisyen, Mr Rogers.

James Emswiller, yang telah memenangi satu anugerah Emmy pada 2015, kelihatan telah terjatuh dari sebuah beranda di Mount Lebanon, Pennsylvania, semasa rehat dalam satu penggambaran, menurut polis.

Pihak polis menyatakan beberapa saksi telah melaporkan bahawa Emswiller, 61, “telah bersendirian di beranda sedang merokok ketika beliau mungkin telah mengalami satu kecemasan kesihatan mengakibatkan beliau terjatuh dari beranda.”

“Maklumat awam tidak menunjukkan sebarang perbuatan khianat,” menurut pihak polis.

Anggota perkhidmatan kecemasan telah bergegas membawa Emswiller, yang sebelumnya pernah bekerja untuk filem adiwira ‘The Avengers’, termasuk sebuah filem remaja ‘The Fault in Our Stars’, ke hospital namun beliau telah meninggal dunia tidak lama kemudian, menurut media tempatan.— AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.