Menteri Arab Saudi nafi arahan bunuh Khashoggi

Utusan Borneo (Sabah) - - Global -

RIYADH: Menteri dalam negeri Arab Saudi semalam menolak dakwaan terdapat arahan untuk membunuh pengkritik dan wartawan Riyadh yang hilang Jamal Khashoggi, menyatakan mereka sebagai “tuduhan yang tidak berasas dan pembohongan.”

Putera Abdel Aziz bin Saud bin Nayef menambah bahawa negaranya telah “mematuhi konvensyen dan undangundang antarabangsa,” media rasmi Saudi Press Agency melaporkan beliau sebagai berkata.

Khashoggi, seorang penyumbang Washington Post, telah hilang pada 2 Oktober selepas memasuki konsulat kerajaan tersebut di Istanbul bagi mendapatkan dokumen untuk perkahwinan beliau yang akan datang.

Pihak polis dan pelbagai media Turki telah mendakwa beliau telah diseksa dan dibunuh di konsulat.

Kes beliau berisiko bukan sahaja menjejaskan hubungan rapuh Turki-Saudi namun turut menjejaskan imej kerajaan dan hubungannya dengan pihak Barat ketika Putera Mahkota Mohammed bin Salman mempromosikan satu tindakan perubahan di negaranya.

Menteri Arab, dalam reaksi pertama peringkat kementerian terhadap tuduhan mengenai pembunuhan Khashoggi, menyatakan beliau menerima baik kerjasama di antara negaranya dan Turki bagi menentukan sebab bagi kehilangan tersebut. — AFP

SEBUAH kenderaan diplomatik melintasi wartawan ketika meninggalkan konsulat Arab Saudi di Istanbul kelmarin. Seorang wakil delegasi Saudi tiba di Turki untuk rundingan mengenai kehilangan Khashoggi pada minggu lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.