Ketua IMF hadiri persidangan di Arab, cari maklumat Khashoggi

Utusan Borneo (Sabah) - - Global -

NUSA DUA: Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa Christine Lagarde menyatakan semalam beliau tidak akan membatalkan rancangannya untuk menghadiri satu persidangan pelaburan elit Arab pada lewat bulan ini, namun akan ‘sangat peka’ terhadap sebarang maklumat baharu mengenai kehilangan wartawan Arab Jamal Khashoggi.

“Pada peringkat ini, niat saya adalah untuk tidak mengubah rancangan saya serta menjadi lebih peka terhadap maklumat yang akan muncul dalam tempoh beberapa hari akan datang,” beliau memberitahu satu sidang media ketika ditanya sama ada beliau akan menghadiri persidangan itu selepas beberapa syarikat media dan pemimpin perniagaan menarik diri.

“Perkara yang menakutkan telah dilaporkan, dan saya berasa sangat bimbang,” Lagarde menyatakan tentang laporan media mengenai kehilangan Khashoggi. “Namun saya perlu untuk melaksanakan urusan untuk IMF di semua sudut dunia dan dengan banyak kerajaan.” — Reuters

LAGARDE menghadiri sesi sewaktu mesyuarat tahunan IMF dan Bank Dunia di Nusa Dua, Bali Indonesia, semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.