HSN galakkan gaya hidup sihat

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan - Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Hari Sukan Negara adalah penting dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 60 peratus di negara maju.

“Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif, pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Aktiviti sukan sangat penting untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan pegawai dan anggota agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, kegiatan sukan juga dapat mengoptimumkan keupayaan fizikal pegawai dan anggota polis bertepatan dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh badan yang sihat.

Katanya, dengan aktif bersukan,pegawaidananggota polis dapat memperbaiki Indeks Jirim Badan yang kini menjadi syarat kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.

Hadir sama dalam acara itu ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abdul Rakman.

Acara diadakan bermula pada 7 pagi sehingga 1.30 petang telah berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu Sempena Hari Sukan Negara 2018.

Seramai 360 peserta hadir bersama-sama menjayakan program itu.

HABIBI (tiga kiri) menyempurnakan gimik perasmian acara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.