Penghayatan pelakon dalam memenuhi elemen penting Teater Nyonya-Nyonya

Utusan Borneo (Sabah) - - Sastera & Budaya -

KARYA Teater NyonyaNyonya yang bakal dipentaskan di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 17 dan 18 November 2018 ini tidak akan menjadi satu karya yang dinanti-nantikan jika tanpa penampilan pelakon-pelakon handalan yang mendokong watak-watak penting teater berkenaan.

Sememangnya pengalaman dan proses sepanjang menjalani latihan teater ini amat penting kepada kerana disiplin pelakon itu secara tidak langsung dapat menghasilkan lakonan terbaik dalam pementasan. Bagaimana dan apakah cara mereka untuk menghayati watak masingmasing sememangnya menjadi tanda tanya kepada penonton dan pengemar karya Teater Nyonya-Nyonya tersebut. Setiap pelakon semestinya mempunyai cara tersendiri untuk menjiwai watak masingmasing selain daripada corak pengarahan dalam karya Teater Nyonya-Nyonya.

Masyarakat tentu sahaja akan bertanya-tanya dan ingin mengenali setiap pelakon dalam karya Teater Nyonya-Nyonya terutama pelakon utamanya tidak lain kalau bukan pembawa watak Nyonya. Watak Nyonya dipegang oleh Mazrona Kallinggalan yang kini berumur 30 tahun. Beliau berasal daripada Lahad Datu, Sabah. Mempunyai banyak pengalaman dalam bidang teater dan merupakan bekas pelajar alumni UMS. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Sastera dalam pengkhususan Teater dan memiliki Ijazah Sarjana Muda (Seni Kreatif) juga dalam pengkhususan Teater. Beliau juga pernah diberikan anugerah Top 3 dalam pencalonan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Teater Malaysia pada tahun 2014 di peringkat kebangsaan dan pada tahun 2015, beliau memegang anugerah sebagai pemenang dalam kategori pelakon pembantu wanita terbaik Festival Teater Sabah. Pencapaian beliau dalam bidang teater tidak dapat diragukan lagi. Oleh itu,tidak hairanlah beliau diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama sebagai Nyonya dalam Teater Nyonya-Nyonya.

Muhd Faizan Deraman adalah salah seorang daripada pelakon utama yang memegang watak sebagai Tuan yang merupakan Pedagang Barangan Antik. Beliau berasal dari Bachok, Kelantan. Berumur 25 tahun, hobi beliau adalah menonton movie dan menulis puisi. Beliau bercita-cita untuk menjadi pengajar. Beliau sentiasa memegang moto diri sendiri iaitu “play the moment not the story” untuk memotivasikan dirinya. Beliau mempunyai pandangan bahawa produksi teater Nyonya ini adalah produksi yang telah dijalankan pada tahun 2015 dan tahun 2018 ianya dibuat kembali dibawah pengarah yang sama dan pertukaran beberapa pelakon. Beliau sendiri pernah terlibat sebagai pelakon pada tahun 2015 dan sekarang.

Teater nyonya ini telah menguji lakonan beliau sendiri untuk ada pada tahap lain dari yang lain berbanding sebelum ini, kerana naskhah ini adalah naskah Indonesia dan menuntut pelakon untuk berbahasa mengikut dialek Indonesia,secara langsung membuatkan beliau perlu berbahasa Indonesia.

Watak Tuan yang dibawakan memberi ujian yang besar kepada beliau sebagai pelakon untuk keluar dari zon keselesaan.Beliau sebelum ini pernah membawa watak sama pada tahun 2015. Bagi penghayatan watak pula,beliau membuat beberapa pemerhatian terhadap pelakonpelakon Indonesia dan gaya lakonan yang ada pada mereka.

Bagi beliau naskhah ini adalah naskhah yang berat kerana setiap watak mempunyai simbolis yang tersendiri dan beliau sebagai pelakon tidak perlu terlebih membawa watak agar ianya tidak lari dari objektif misi tersebut. Beliau juga perlu bekerja keras untuk membentuk diri sebagai seorang peniaga barangan antik yang licik dan mengatur strategi untuk mendapatkan Nyonya. Pengarahan di bawah Ismaliza Ishak pula bagi beliau adalah sungguh luarbiasa kerana pementasan Nyonya yang dulu dan sekarang jauh beza. Objektif pengarahannya yang lebih berfokus. Ismalisza adalah pengarah yang berkaliber dan menitikberatkan aspek lakonan dan bersungguhsungguh dalam membentuk pelakon yang baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.