Yayasan Pendidikan SM Wong Nai Siong belanja RM3.9 juta biasiswa sejak ditubuh

Utusan Borneo (Sabah) - - Sarawak -

SIBU: Yayasan Pendidikan Sekolah Menengah (SM) Wong Nai Siong membelanjakan RM3.9 juta untuk biasiswa pendidikan kepada 133 pelajar sekolah yang memerlukan sejak ditubuhkan lapan tahun lalu.

Pengetua SM Wong Nai Siong Lu Yew Hiing berkata, seramai 48 penerima biasiswa telah menamatkan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

“Tahun ini, seramai 46 pelajar menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajar mereka. Mewakili pihak sekolah, saya berterima kasih kepada yayasan pendidikan yang membantu memberi biasiswa kepada mereka yang layak,” ujarnya.

Menurutnya, semakin ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar di SM Wong Nai Siong kerana yakin dengan pendidikan sekolah persendirian Cina dapat memberi masa depan cerah.

“Ini kerana 70 peratus bekas pelajar SM Wong Nai Siong berjaya melajutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

“Jumlah pelajar di sekolah turut meningkat dengan pada 2011 seramai kira-kira 300 meningkat kepada 800 pelajar pada tahun ini,” katanya.

HENRY (tiga kiri) menyampaikan bantuan biasiswa kepada salah seorang penerima di SM Wong Nai Siong, pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.