Ada PKS sukar tembusi jurang digital

Utusan Borneo (Sabah) - - Iklaneka -

KUALA LUMPUR: Penggunaan ICT dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kebanyakannya membabitkan peranti peribadi berbanding proses perniagaan menyeluruh seperti Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Perancangan Sumber Perusahaan.

Tinjauan Pendigitalan PKS oleh Huawei Technologies dan SME Corp Malaysia (SME Corp), juga menunjukkan PKS telah mencapai tahap pengkomputeran yang tinggi, namun ada yang mendapati sukar untuk merentas jurang digitali, dengan implikasi ketara ke atas keuntungan perniagaan dan produktiviti.

Laporan itu juga menunjukkan hubungan yang lemah antara PKS dan firma besar, kata SME Corp dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tinjauan ini merupakan antara inti pati Laporan Tahunan PKS 2017/18 yang dikeluarkan oleh SME Corp baru-baru ini dengan tema ‘Dunia yang berhubung Mendigitalkan PKS’.

Berikutan tinjauan itu, ‘Kertas putih bagi mempercepat Pendigitalan PKS Malaysia: Melepaskan Perangkap Komputer’ akan diterbitkan dan dilancarkan oleh SME Corp dan Huawei Technologies dalam tempoh beberapa bulan akan datang.- Bernama

MENUNGGU PELANGGAN: Seorang wanita (dua kanan) duduk di depan premis perniagaannya di Jalan Bangla dekat Pantai Patong di Phuket untuk menunggu pelanggannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.